Perkara yang membuatkan pengurus kelahiran Korea Selatan itu sukar untuk melupakan ialah melihat telatah di antara Faisal Halim, dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, yang dianggap seperti 'Tom and Jerry' kerana sering membuat para pemain dan barisan kejurulatihan terhibur terhadap mereka berdua.
Malah, pengendali berusia 55 tahun itu mendedahkan sesuatu yang tidak disangka bahawa tunjang utama Penang, Syamer Syamer Kutty Abba, turut menjadi penghibur atas sikap peramahnya yang memeriahkan situasi dalaman skuad Harimau Malaya itu.
Tak lekang senyuman dari KPG imbas kemesraan anak buahnya dalam pasukan. Faisal Halim dan Sumareh antara yang di sebut ..
— FinaNasrom (@fnasrom) July 22, 2024
‘ umpama Tom & Jerry, selalu bergaduh ….’@ASTROARENA pic.twitter.com/u69pxvLKkn
Selain itu, sifat yang dimiliki oleh Safawi Rasid juga menjadi tumpuan apabila kerap kali melakukan perkara yang membuatkan semua orang tertawa melihatnya selain Junior Eldstal yang mempunyai perwatakan menarik tatkala menjadi sangat peramah bersama pemain tempatan yang lain.
Dalam masa sama, nama penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani, yang sentiasa mencuit hati pengurus pasukan tersebut atas kelakuannya yang tidak dapat dilupakan.