Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim, Quentin Cheng bakal lengkapkan 22 perlawanan Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-vs-quentin.jpg
Faisal Halim dan Quentin Cheng bakal melakar sejarah tersendiri beraksi kesemua 22 perlawanan musim ini jika diturunkan dalam perlawanan terakhir Liga Super, malam esok. 

Ia bakal menjadi satu pencapaian dalam karier masing-masing selepas mereka mengharungi cabaran sukar dalam musim terdahulu, tambahan pula perlawanan itu mampu menjadi penentu slot Piala AFC musim depan. 

"Ini adalah satu sejarah untuk diri sendiri kerana beraksi dalam 22 perlawanan. Saya berharap ia berakhir dengan kemanisan menduduki tiga tempat teratas. 

"Agak sukar untuk saya kekal dalam 22 perlawanan sebagai pemain tempatan," kata Faisal yang menghasilkan empat gol musim ini. 





Tambah menarik, kedua-dua pemain itu turut menggalas misi penting untuk pasukan masing-masing tatkala mereka juga akan berentap sesama sendiri memandangkan tonggak Terengganu, Faisal, beraksi di bahagian serangan sementara Quentin -- yang dipinjamkan daripada Selangor -- memperkuatkan pertahanan Penang di Stadium Bandaraya.

"Ia bukan mudah untuk beraksi semua perlawanan, saya sangat gembira. 

"Saya juga berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh jurulatih, Tomas Trucha, dan saya berharap kami dapat meraih tiga mata esok," kata Quentin yang mencipta lima bantuan jaringan musim ini. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video