Faisal Halim melecur tahap dua, bagaimanakah keadaannya?

Zaki Zainal
Mei 6, 2024 10:39 MYT
Umum mengetahui insiden melibatkan Faisal Halim pada Ahad, mendapat reaksi pelbagai pihak di seluruh Malaysia malahan senatero dunia.
Situasi yang dilalui oleh penjaring gol tercantik Piala Asia 2024 ini nyata membuka mata ramai pihak untuk mengetahui tentang apakah itu melecur tahap dua yang dilaluinya.
Sebelum ini, Wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman berjaya mendapatkan Datuk Hamidin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)dan berliau menyatakan keadaan Faisal Halim agak menyedihkan.
"Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid.
Melalui sumber terdekat Astro Arena keadaan ini juga memberi kesan kepada Faisal apabila dia melecur tahap dua. Apakah itu melecur tahap dua?
Menurut portal rasmi My Health Kemeneterian Kesihatan Malaysia, luka melecur didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau cecair panas.
Kecederaan ini diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu :
1. Tahap Satu (superficial) – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja (lapisan epidermis). Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit yang lain
2. Tahap Dua (partial thickness) – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan (lapisan dermis terlibat)
3. Tahap Tiga (full thickness) – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.
Di sini kami di Stadium Astro, kongsikan kepada semua pembaca tentang lecur tahap dua.
Semoga dengan rawatan yang dilalui oleh Faisal kini dapat mempercepatkan proses pemulihan dan kesembuhan buat dirinya.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Faisal Halim #Selangor FC
;