Faisal Halim kekal dalam perancangan Selangor FC
Shaiful Shamsudin
Mei 23, 2023 20:17 MYT
Mei 23, 2023 20:17 MYT
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, menegaskan bahawa dia dan pasukan masih memerlukan khidmat Faisal Halim untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Semalam, tonggak Harimau Malaya itu dikhabarkan menerima tawaran untuk beraksi bersama kelab di liga Korea Selatan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Cheng Hoe percaya Faisal bijak untuk menangani situasi ini dan tidak akan mengganggu persiapannya menjelang pertemuan penting dengan Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ, malam esok.
"Sebagai jurulatih, saya belum menerima mana-mana tawaran kelab luar untuk Miki. Miki tahu menangani situasi tersebut.
Suwon Samsung minat sunting Faisal Halim ke kancah K1https://t.co/kVQ1zK2Cre
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami perlukan persembahannya dalam setiap perlawanan.
"Kami masih dahagakan prestasinya dan sudah tentu yang paling penting kami berikan sokongan kepadanya kerana kami mempunyai satu perlawanan yang cukup penting malam esok," katanya dalam persiapan terakhir di Shah Alam hari ini.
Untuk rekod, Faisal yang menyertai Gergasi Merah musim dari Terengganu FC sudah meledak lima gol dalam kempen Liga Super setakat ini.
Dalam masa sama, ketua pasukan, Brendan Gan, dijangka berehat dua minggu berikutan kecederaan pergelangan kaki yang dialaminya ketika bertemu Perak FC, Sabtu lalu.
Komen Coach Tan Cheng Hoe on Faisal Halim @ASTROARENA pic.twitter.com/HhXkK1vYMN
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.