Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam

Muzaffar Musa
Mei 6, 2024 16:10 MYT
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Selepas Faisal Halim selesai menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil," katanya.
Faisal mengalami kelecuran tahap dua di muka dan badannya selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Damansara semalam.

'Selepas Faisal Halim selesai jalani pembedahan hampir 4 jam pada tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil' - Dato' Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk laporan terperinci nantikan dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Faisal Halim #Selangor FC
;