Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh

Saufi Tahir
Mei 16, 2024 13:11 MYT
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Malah, doktor juga membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
Mengikut wartawan di lokasi, Karl Nunis, Faisal berasa terharu dengan keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

???#FH7 menunjukkan perkembangan positif, semakin ceria selepas doktor membenarkan berjuma dengan anak-anaknya. (Jarak jauh)#FH7 terharu dengan keperihatinan serta doa semua pihak. Mickey buat special request, baru lepas makan ayam penyet.@ASTROARENA pic.twitter.com/oviPj3zAbh

— karlnunis (@_karlnunis) May 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, dia yang sudah dibenarkan makan sebelum ini baru sahaja menjamu Ayam Penyet.
Sebelum ini, penyerang Harimau Malaya itu akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan dalam tiga pembedahan.
#bola sepak #Selangor #Faisal Halim
;