Faisal Halim berisiko bersara awal
Mei 7, 2024 09:12 MYT
Berikutan keadaan terkini pemain penyerang negara, Mohamad Faisal Abdul Halim, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan kecederaan melecur tahap empat akibat insiden simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, kelmarin.
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain itu dilaporkan berisiko bersara lebih awal daripada kancah bola sepak berikutan keadaan semasanya akibat kesan daripada lecuran asid itu.
Begitupun pemain sayap negara itu akan menjalani beberapa lagi siri pembedahan dengan siri pertama sebelum ini mengambil masa selama empat jam tempoh pembedahan.
Faisal Halim dilapor berisiko bersara awal berdasarkan keadaan semasa akibat lecur disimbah asid. @ASTROARENA pic.twitter.com/oC68asUBIS
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengikut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang dihubungi Bernama menjelaskan situasi semasa Faisal Halim yang kini masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama.