Fahmi Fadzil serta pasukan sedia ambil alih KLFA
Najmi Iman
Ogos 23, 2024 14:25 MYT
Ogos 23, 2024 14:25 MYT
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan hasrat ingin bertanding sebagai calon Presiden Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam Mesyuarat Agong Tahunan jawatankuasa badan induk itu pada 7 September depan.
Menerusi hantarannya di laman aplikasi TikTok, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga turut menamakan pasukannya yang akan menjadi calon kepada timbalan presiden, naib presiden kepada KLFA.
@fahmi.fadzil Saya dengan ini mengumumkan ingin menawarkan diri sebagai calon Presiden KLFA. Harapan besar saya ialah ingin memartabatkan kelab-kelab gabungan dan memastikan KLFA diuruskan dengan lebih baik serta lebih mapan supaya bolasepak di Kuala Lumpur lebih maju. Kuala Lumpur Sampai Mati! #fahmifadzil #KualaLumpurSampaiMati ♬ original sound - Fahmi Fadzil
Pengarah Kuala Lumpur United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar, dicalonkan sebagai timbalan Presiden selain beberapa nama lain seperti Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Mohd Razlan Rafii.