Skip to main content

Bola Sepak

Fahmi Fadzil janji selesai isu gaji KL City dengan segera

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2024-03-16-173820.png
Pembayaran tunggakan gaji akan disegerakan walaupun tarikh akhir pertama berakhir semalam, kehadiran Penaung KL City,  Fahmi Fadzil, bagaimanapun memberi sinar baru kepada The City Boys untuk kekal beraksi dalam Liga Malaysia. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berjaya menndapatkan kenyataan menteri komunikasi itu yang juga merupakan penaung terbaru kelab Warga Kota itu dan Fahmi menyatakan: "Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, telah mencapai kata putus untuk menyegerakan beberapa perkara bagi membantu menjelaskan bayaran.

"Jadi saya telah meminta datuk bandar agar berhubung segera dengan pihak (Liga Bolasepak Malaysia) MFL untuk menyatakan komitmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan saya juga untuk menyelesaikan perkara ini.

"Jadi Insya-Allah dalam masa tidak terlalu lama mengikut proses-proses yang tertentu yang kita akan lunaskan.

MFL sebelum ini menetapkan setidak-tidaknya 50 peratus tunggakan gaji perlu dilangsaikan. 

Perkembangan lanjut dalam Nadi Weekend pada jam 11.00 malam ini.  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video