Skip to main content

Bola Sepak

Facundo Garces ikut jejak langkah Holgado

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garces.jpg
Bintang warisan Harimau Malaya, Facundo Garces, mengikuti jejak langkah Rodrigo Holgado untuk mengadakan perbincangan susulan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan kedua-dua pemain itu.

Difahamkan, kedua-dua tonggak skuad kebangsaan itu sedang berada di Malaysia untuk menyelesaikan isu hangat yang melanda situasi bola sepak tanah air ketika ini.

Perkara itu dilaporkan oleh media Sepanyol seperti yang tular di X.

Untuk makluman, Holgado bersama Garces telah diketepikan oleh kelab masing-masing, sementera menunggu perkembangan selanjutnya oleh badan induk dunia termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Garces yang bermain untuk Deportivo Alaves dalam LaLiga, sementara Holgado beraksi untuk America de Cali telah digantung selama 12 bulan ekoran isu dokumentasi, baru-baru ini.

 

FAM bersama tujuh pemain warisan tersebut dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2) berhubung pemalsuan dokumen.

FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (sekitar RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Ketika ini, FAM sedang menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman sebelum mengemukakan rayuan.

Garces dan Holgado sudah mencatatkan dua penampilan bersama skuad kendalian Peter Cklamovski. 

Dijangka Malaysia akan mengumumkan senarai pemain dalam masa terdekat menjelang perlawanan seterusnya bertemu Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027 berkemungkinan tanpa tujuh pemain warisan itu.

Advertisement

Must Watch Video