LIGA SUPER MSIA
Fabio Gonzalez satu kelab dengan rakan sepasukan Malaysian Abroad, Gabriel Palmero
Pemain terbaru JDT, Fabio Gonzalez, merupakan rakan sepasukan Malaysian Abroad, Gabriel Palmero ketika berkhidmat bersama Tenerife CD.
Gabriel Palmero telah diklasifikasi sebagai pemain Malaysian Abroad yang diperkenalkan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 terdahulu menjelang bertemu Nepal.
Ketika Palmero dapat persiapan untuk menyertai skuad negara bagi menghadapi aksi antarabangsa bertemu Cape Verde dan kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam, rakan sepasukannya dijangka bakal memperkuatkan skuad JDT bagi musim 2025-2026.
Iklan
Ini merupakan perkembangan yang telah dikongsi media Sepanyol, menerusi penyampai radio Radio Nacional de Espana, Norberto Gonzalez Mencara.
Gonzalez bakal menjadi bekas pemain yang ketiga Las Palmas mennyertai JDT, mengikut jejak langkah Jese Rodriguez dan Jonathan Viera.
"Satu kelab dengan Malaysian Abroad Gabriel Palmero, Fabio Gonzalez kembali dikaitkan ke JDT dengan kali ini dilapor sudah ucap selamat tinggal ketika kontraknya berakhir hujung bulan depan," kata Zulhelmi Zainal Azam menerusi X.Satu kelab dengan Malaysian Abroad Gabriel Palmero, Fabio Gonzalez kembali dikaitkan ke JDT dengan kali ini dilapor sudah ucap selamat tinggal ketika kontraknya berakhir hujung bulan depan. 🇪🇸@ASTROARENA pic.twitter.com/xEAt0hscws— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 17, 2025
Must-Watch Video