Skip to main content

Bola Sepak

Fabinho, Alisson dijangka terlepas perlawanan Liverpool-Watford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
Fabinho mendedahkan bahawa dia dan Alisson dijangka akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana komitmen peringkat antarabangsa bersama Brazil.

Dua pemain The Reds itu merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Tite bagi kempen kelayakan Piala dunia menentang Venezuela, Colombia dan Uruguay sepanjang bulan ini, di mana perlawanan menentang Uruguay akan berlangsung pada awal pagi Jumaat waktu United Kingdom (pagi ini).

Fabinho percaya mereka tidak akan sempat untuk pulang ke United Kingdom dari Amerika Selatan untuk mewakili Liverpool menentang The Hornets malam esok.

Ia merupakan pertemuan liga pertama The Reds menentang Watford sejak tewas 0-3 kepada lawan itu pada Februari 2020 -- yang menamatkan rekod 44  perlawanan tanpa kalah mereka dalam liga berkenaan.

"Saya percaya ia amat sukar untuk kami beraksi dalam perlawanan pertama menentang Watford," katanya kepada wartawan di Brazil.

"Saya tidak fikir kami dapat bermain. Sama ada saya mahupun Alisson.

"Perlawanan menentang Uruguay akan berlangsung pada lewat malam di sana dan perlawanan menentang Watford pula pada 12.30pm (waktu Brazil).

"Dengan jarak perjalanan dan sebagainya, saya tidak tahu seberapa banyak masa yang kami ada di antara dua perlawanan itu. Saya percaya kami tidak akan dapat bermain," katanya.
 
Fabinho turut mendedahkan bahawa kelabnya sedang mempertimbangkan untuk menghantar mereka terus ke Sepanyol bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid awal pagi Rabu ini bagi mengelakkan tempoh kuarantin selama 10 hari di England.

"Kami juga perlu menjalani kuarantin tetapi kelab ini sedang mengkaji sama ada kami akan terus ke Sepanyol bagi perlawanan dengan Atletico dan menjalani kuarantin di sana, tanpa perlu diasingkan di hotel di England," tambahnya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video