Fabian Delph mengumumkan persaraannya pada umur 32 tahun selepas mewarnai 204 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas pemain tengah England itu memilih untuk menggantung but sejak bergelar pemain bebas sebaik berpisah dengan Everton pada musim lalu.
Kecederaan sering mengganggu momentumnya sepanjang dua tahun berkelana ke The Toffees walaupun dia sempat beraksi dalam final Euro 2020 menentang Croatia, tahun lalu.
Hasrat itu diluahkan bekas bintang Manchester City, Aston Villa dan Leeds United itu menerusi laman sosial peribadinya, Instagram.
"Hari ini saya ingin mengumumkan persaraan saya dengan rasa gembira dan bersyukur atas apa yang permainan yang indah ini tawarkan kepada saya.
"Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain dan kakitangan kelab-kelab yang pernah saya wakili termasuk sokongan daripada peminat-peminat."