FA sahkan Bukayo Saka terlepas dua aksi antarabangsa bersama England
Muzaffar Musa
Oktober 10, 2023 11:00 MYT
Oktober 10, 2023 11:00 MYT
Bukayo Saka sah akan terlepas dua perlawanan antarabangsa England menentang Australia dan Itali bulan ini, demikian disahkan Persatuan Bolasepak England (FA).
Penyerang Arsenal itu mendapat panggilan pengurus, Gareth Southgate, pada Khamis lalu walaupun terdapat kegusaran mengenai tahap kecergasannya selepas dikeluarkan ketika perlawanan di Bournemouth dan Lens.
Saka bertemu dengan staff perubatan England di St George's Park malam tadi dan dia kini disahkan akan kembali ke Arsenal bagi menjalani rawatan lanjut.
An update from the #ThreeLions camp, as @BukayoSaka87 withdraws after being assessed by England's medical team. Speedy recovery, Bukayo! ?
— England (@England) October 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Penyerang itu melaporkan diri di St George’s Park bersama pemain lain semalam," kata FA dalam satu kenyataan.
"Setelah terlepas kemenangan Arsenal dalam Liga Perdana Ingeris (EPL) menentang Manchester City pada Ahad lalu kerana kecederaan, Saka telah dinilai oleh pasukan perubatan England dan telah diputuskan bahawa pemain itu akan meneruskan pemulihannya di kelabnya.
“Tiada pemain pengganti akan dipanggil dengan Gareth Southgate masih memiliki skuad dengan 25 pemain untuk bersamanya."
Pasukan bimbingan Souhgate itu akan melayani kunjungan Australia bagi aksi persahabatan antarabangsa di Wembley pada Sabtu ini sebelum bertemu Itali bagi kelayakan Euro 2024 di London pada Rabu depan.