LIGA INGGERIS

Everton pecat Rafa Benitez

Ammar Hakim 17/01/2022 | 00:10 MYT
Rafael Benitez telah dipecat oleh Everton selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam 14 perlawanan dalam semua pertandingan.
Pasukan Liga Perdana itu mengumumkan pemecatan Benitez di laman web rasmi mereka semalam, sehari selepas tewas 2-1 kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City.
"Kelab Bola Sepak Everton boleh mengesahkan Rafael Benitez telah meninggalkan jawatan sebagai pengurus pasukan utama," kata kenyataan itu.
"Makluman mengenai pengganti tetap akan dibuat dalam masa terdekat."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pengendali Liverpool, Benitez, merupakan pelantikan yang memecahbelahkan Everton apabila dia dipilih menggantikan Carlo Ancelotti pada musim penutup selepas pengurus kelahiran Itali itu pergi ke Real Madrid.
Dihalang oleh sekatan kewangan, Benitez hanya mampu membelanjakan GBP1.7 juta yang dilaporkan pada jendela perpindahan pertamanya di kelab itu, membawa masuk Demarai Gray, Andros Townsend, Asmir Begovic, Andy Lonergan dan Salomon Rondon, manakala pemain bintang James Rodriguez meninggalkan kelab itu pada bulan September.
Everton bagaimanapun memulakan musim dengan baik, memenangi tiga daripada empat perlawanan liga pertama mereka, namun kecederaan kepada pemain utama dan kehilangan rentak menyaksikan mereka merosot.
Kekalahan 4-1 di laman sendiri kepada Liverpool Disember lalu menyaksikan pengarah bolasepak, Marcel Brands meninggalkan kelab, dengan bantahan peminat terhadap lembaga yang berlaku dalam perlawanan berikutnya menentang Arsenal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;