BOLA SEPAK
EURO Wanita: Renard sedia rantai kelibat Popp
Wendie Renard berazam untuk menang ketika bersemuka dengan Alexandra Popp apabila dua daripada pencabar utama EURO Wanita 2022 itu, Perancis dan Jerman, berentap awal pagi esok.
Perlawanan kedua separuh akhir temasya itu yang berlangsung di Stadium MK di Milton Keynes bakal menawarkan tiket ke perlawanan akhir bertemu England di Wembley, tengah malam Isnin depan.
England menempah tiket final selepas meratah Sweden 4-0, awal pagi tadi, sekali gus seramai 90,000 peminat dijangka akan hadir memberikan sokongan hujung minggu ini tatkala Perancis berharap untuk ke peringkat itu buat julung kalinya sementara Jerman mengintai kejuaraan kesembilan.
Pertahanan tengah Perancis, Renard, selaku kapten pasukannya sementara Popp yang bertindak menerajui jentera serangan Jerman telah meledak gol dalam kempat-empat perlawanan pasukannya setakat ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Renard dan Popp pernah berdepan beberapa kali baik di peringkat kebangsaan mahupun kelab ketika bersama Lyon dan Wolfsburg, malah mereka bersemuka dalam empat perlawanan akhir Liga Juara-Juara Wanita.
"Memang benar dia seorang pemain yang hebat dan berkualiti tinggi," kata Renard mengenai Popp.
“Kami sedar mentaliti Jerman secara umum –- memang benar kami sudah biasa menentang di antara satu sama lain bersama kelab dan dan pasukan kebangsaan.
"Bukan sahaja Alex Popp dalam pasukan itu walaupun memang benar dia seorang pemimpin semula jadi. Dia telah membuktikannya di peringkat kelab dan antarabangsa."