BOLA SEPAK
Euro Wanita: Jerman atasi Finland, Sepanyol tewaskan Denmark untuk ke suku akhir
Jerman merekodkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan B, Euro Wanita 2022 selepas menewaskan Finlad 3-0, sambil Sepanyol akan mengiringi mereka ke suku akhir selepas mengatasi Denmark 1-0 awal pagi tadi.
Juara Eropah lapan kali, Jerman, telahpun mengesahkan status juara kumpulan sebelum perlawanan di Milton Keynes itu tetapi tiada sebarang belas kasihan ditunjukkan pasukan bimbingan Martina Voss-Tecklenburg berkenaan.
Sophia Kleinherne menanduk masuk gol pembukaan Jerman sebelum ke bilik persalinan dan Alexandra Popp menggandakan kelebihan itu dalam babak kedua menerusi gol ketiganya dariapda tiga perlawanan setakat ini.
Iklan
Nicole Anyomi kemudian menjadikan kedudukan 3-0 buat Jerman, yang akan bertemu Austria di Brentford bagi penentuan ke separuh akhir awal pagi Jumaat ini.
Sepanyol, dalam pada itu, hanya dapat menjaringkan gol tunggal pada lewat permainan untuk menyingkirkan Denmark di Brentford.0 – Germany have won each of their three group stage matches at #WEURO2022 without conceding a single goal. The only other time they had managed that feat was in 2005 – also in England. Clean. #FINGER pic.twitter.com/gPs86DckFG— OptaFranz (@OptaFranz) July 16, 2022
Marta Cardona menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-90 untuk membawa mereka ke suku akhir dan akan bertemu tuan rumah, England, di Brighton awal pagi Khamis ini.
Must-Watch Video