Bidaan United Kingdom (UK) dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 kian hampir untuk diluluskan secara rasmi.
Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kelihatan akan memberikan lampu hijau terhadap bidaan lima negara itu selepas Turkiye menarik diri minggu lalu bagi memberikan tumpuan untuk melancarkan bidaan bersama Itali untuk menganjurkan Euro 2032.
10 stadium disenaraikan UK dan Ireland dalam bidaan mereka pada April lalu, di mana enam daripada venue berkenaan merupakan stadium di England serta masing-masing satu di Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
Enam venue di England itu ialah Stadium Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James' Park, Villa Park dan stadium baru Everton di Bramley-Moore Dock.
Casement Park di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff pula melengkapkan senarai itu.