EURO 2016
Euro 2024: Piala Dunia Ragbi boleh jadi panduan England
Declan Rice menegaskan England tidak akan berasa gentar dengan sesiapa pun dalam Euro 2024, malah menggesa pasukan kendalian Gareth Southgate itu mengambil inspirasi daripada Piala Dunia Ragbi.
England menewaskan Itali 3-1 kelmarin untuk mengesahkan tempat mereka ke pusingan akhir di Jerman pada musim panas akan datang, di mana naib juara 2020 itu sekali lagi akan menjadi antara pilihan.
"Tidak perlu gentar," katanya.
Iklan
“Walaupun kami tewas dalam suku akhir Piala Dunia, ia ibarat kami mengambil satu lagi langkah daripada segi corak permainan kami ketika menentang Perancis.
“Kami tewas dalam perlawanan akhir Euro. Saya fikir perkara utama ialah kami semua semakin tua, makin matang. Kumpulan ini menunjukkan persembahan yang menakjubkan. Apabila Euro tiba, semoga kami semua berada dalam masa yang baik.
“Kami mampu meraih pencapaian besar. Saya rasa sejak Piala Dunia, reaksinya adalah luar biasa daripada segi cabaran untuk melayakkan diri yang telah kami muktamadkan.
“Kami mempunyai cukup juara dalam kumpulan ini selain mentaliti yang menakjubkan tetapi ia juga bergantung kepada kami. Kami boleh bercakap mengenainya seberapa banyak yang tetapi sebagai pemain, kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk meningkatkan prestasi.
“Kami berkunjung ke Naples dan menang di Itali buat kali pertama setelah sekian lama. Kami menewaskan Itali di Wembley selepas mereka menewaskan kami dalam edisi Euro terakhir. Kami menampilkan persembahan yang jitu. Kami sudah bersedia daripada segi mental.Thank you for your support, Wembley. ❤️ pic.twitter.com/DFhKBOOv6k— England (@England) October 17, 2023
“Kami berkesempatan menonton perlawanan ragbi dan melihat bagaimana pasukan terbaik seperti Afrika Selatan, Ireland tersingkir tetapi New Zealand, mereka masih merupakan pasukan nombor satu di dunia berikutan memasang hasrat untuk mengatasi keupayaan mereka.
“Itulah yang kami mula capai. Kami mempunyai segala bakat tetapi mentaliti untuk menjadi yang terbaik boleh dijadikan sebagai pendorong.”
Must-Watch Video