Pasukan wanita England telah meminta Nike menukar seragam serba putih mereka memandangkan penggunaan seluar pendek itu tidak praktikal kerana haid.
The Lionesses menggunakan seragam mereka sendiri sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini tampil dengan jersi yang sama dengan pasukan lelaki.
Bagaimanapun, pemain England kini membangkitkan isu seluar pendek putih yang digunakan.
Skuad kendalian Sarina Wiegman beraksi di tempat sendiri dalam perlawanan pembukaan Euro 2022 Wanita menentang Austria apabila menang 1-0 di Old Trafford, semalam.
Tetapi pemain sayap, Beth Mead, yang menjaringkan gol tunggal perlawanan itu mendedahkan terdapat kekhuatiran dalam kalangan mereka tentang kemungkinan tompokan mereka merah muncul kelihatqan di seluar pendek ketika mereka datang haid.
"Ini adalah sesuatu yang kami suarakan kepada Nike," katanya kepada The Telegraph.
"Mudah-mudahan mereka akan mengubahnya.
“Sangat bagus untuk memiliki seragam serba putih tetapi kadangkala ia tidak praktikal apabila tiba masanya.
"Kami menanganinya sebaik mungkin. Kami telah membincangkannya secara sepasukan dan kami telah menyampaikannya kembali kepada Nike."
Mead tidak memberi tekanan terhadap pemilihan warna alternatif kelak sementara Georgia Stanway menambah kebimbangan itu akan dilupakan sebaik pemain turun padang.
"Ia sukar kerana kami mengaitkan England dengan kulit putih," kata Stanway.
"Jersi tuan rumah kami kelihatan sangat menarik. Sebagai sekumpulan gadis, itulah yang boleh kami simpulkan.
"Saya fikir tahun depan ada kemungkinan warna akan diubah. Saya fikir ia tidak sukar sebab sebaik kami berada di atas rumput, tiada perkara lain yang lebih penting lagi. Itulah yang berlaku apabila kami berada di atas padang, kami melupakan segala-galanya yang lain."

???? ? ?????, ???? ?? ??????????!
— Beth Mead (@bmeado9) July 7, 2022
????? ??? ????, ? ???? ????? & ???? ?? ????? ?? ? ??????? pic.twitter.com/NvctTrh4Ft