BOLA SEPAK

Erling Haaland kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Norway

Saufi Tahir 14/10/2024 | 02:38 MYT
Erling Haaland kini muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Norway.
Bintang Manchester City itu melengkapkan status sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Norway dengan dua gol itu hadir dalam aksi menentang Slovenia sebelum ini sekali gus menjadikan keseluruhannya dia telah mengumpul 34 gol dalam 36 perlawananan.
Begitupun, dia terpaksa melalui perlawanan yang mendukacitakan ketika memakai lilitan kapten selepas tewas 1-5 kepada Austria dalam saingan Liga Negara-Negara (UNL), awal pagi tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Haaland menggantikan Martin Odegaard selepas mengalami kecederaan dengan dalam separuh masa pertama di Arena Raiffeisen itu.
Dalam pada itu, dua gol Austria dijaringkan oleh Marko Arnautovic dengan Philipp Lienhart, Stefan Posch dan Michael Gregoritsch turut menempah nama selaku penjaring dengan satu gol dan gol tunggal Norway hadir menerusi Alexander Sorloth.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sudah tentu ia satu sejarah. Saya gembira dan ia adalah rekod yang hebat untuk dicapai. Sya mempunyai banyak tahun lagi." katanya.
#Norway #Bola #sepak #Erling Haaland',
;