Erik ten Hag: Dispilin taktikal ranapkan persembahan Manchester United
Shaiful Shamsudin
September 29, 2024 07:44 MYT
September 29, 2024 07:44 MYT
MAN UTD 0 SPURS 3
Erik ten Hag mengakui bahawa Manchester United yang gagal mematuhi disiplin taktikal sama sekali tidak berpeluang untuk memadam permulaan yang sangat buruk dalam kekalahan kepada Tottenham, awal pagi tadi.
The Red Devils mengalami kekalahan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tumpas 0-3 di Old Trafford.
United ketinggalan selepas hanya tiga minit permainan apabila Micky van de Ven meluru hampir sepanjang padang sebelum menampan masuk Brennan Johnson untuk jaringan pembukaan, manakala Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke memastikan kemenangan Tottenham dalam separuh masa kedua.
Lantas, Ten Hag percaya anak buahnya sangat terkesan dengan langkah sumbang mereka pada awal permainan.
"Permulaan yang sangat buruk daripada kami. Untuk melepaskan gol selepas dua atau tiga minit seperti itu ketika sedang melancarkan serangan," katanya kepada BBC Match of the Day.
23 - Manchester United have now lost more Premier League matches by 3+ goals since Alex Ferguson left the club (23 in 424 games) than they did in 1,035 league games under the Scot (22). Demise. pic.twitter.com/DNUWCZoMV0
— OptaJoe (@OptaJoe) September 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami sama sekali tidak perlu melepaskan gol sedemikian. Pemain tengah pihak lawan menyusup dan melepasi seluruh pasukan di sebelah kanan dan kemudian pemain sayap itu menyudahkan peluang di penjuru pintu gol.
"Bermula dari saat itu, kami tertekan apabila mendapat bola. Kami tidak berdisiplin. Kami tidak dapat mencari segi tiga atau membuka hantaran. Kami mempunyai beberapa detik yang baik tetapi sejak saat itu, kami gagal menguasai permainan.
"Kami patut melakukan lebih baik daripada ini. Pertama sekali, kami perlu menangani perkara ini dan menunjukkan daya tahan. Persembahan ini tidak cukup bagus."