Erik ten Hag dalam bahaya, Julian Nagelsmann calon baru terajui Man United

Kamal Nizam
Februari 27, 2024 14:32 MYT
Manchester United dikatakan mampu mencabar kejuaraan musim ini selepas kejayaan menjuarai Piala Liga Inggeris dengan benam Newcastle 2-0 di Stadium Wembley musim lepas.
Namun semuanya berubah musim ini apabila prestasi terumbang-ambing ditonjolkan Red Devils.
Antaranya terkeluar awal dari saingan Liga Juara-juara, gagal pertahan Piala Liga Inggeris dan juga sukar bersaing untuk tempatkan diri di posisi empat terbaik Liga Perdana Inggeris.
Perkara itu sekaligus meletakkan karier Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United dalam bahaya.
Legenda England, Gary Neville, menjangkakan bekas pasukannya itu sudah pun buat keputusan berkenaan masa depan ten Hag susulan usaha pembaharuan Manchester United di bawah Sir Jim Ratcliffe.

"I can't believe they're going to wait until May" ⏳ Gary Neville tells @carra23 that Man United might already have made a decision about Erik ten Hag's future ? pic.twitter.com/sPaY8knpV9

— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya suspek Sir Jim Ratcliffe dan Dave Brailsford sudah mengetahui jika Erik ten Hag akan kekal untuk musim hadapan atau tidak.
"Saya tidak percaya mereka akan menunggu hingga Mei untuk membuat keputusan itu," katanya.
Mengikut laporan dari Fichajes, ada kemungkinan besar Manchester United sudah mula mencari pengganti jika kerusi Erik ten Hag dikosongkan.
Bekas pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, dikatakan sebagai pilihan utama untuk terajui Manchester United musim hadapan.
#Manchester United #Julian Nagelsmann #Erik ten Hag #Red Devils