Erik ten Hag alu-alukan penyerang berbisa baru di Man Utd

Shaiful Shamsudin
April 13, 2024 10:19 MYT
Erik ten Hag berkata pada musim panas ini Manchester United perlu menandatangani penjaring gol yang sudah terbukti berbisa dan ia akan sangat membantu sambil menekankan pilihan menarik yang mereka gunakan dalam tempoh ini sepatutnya sudah memadai.
Setelah penggal terakhir yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL)} dan memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dalam kempen pertama mereka di bawah pengurusan Ten Hag, United kemudiannya bergelut.
Dengan baki tujuh perlawanan liga, mereka berada di tangga keenam dan 11 mata di belakang Tottenham yang menguasai posisi keempat sementara Aston Villa di tempat kelima.
Malah, United mempunyai jumlah catatab gol terendah dalam kalangan 10 kelab teratas menerusi 45 jaringan.
Rasmus Hojlund, 21, telah menjaringkan 13 gol sejak dipancing musim panas lalu untuk menyertai serangan yang turut menampilkan Marcus Rashford dan Anthony Martial.
Rashford mempunyai lapan gol untuk musim 2023-24 sementara Martial terpaksa diketepikan sejak pembedahan pangkal paha pada Januari lalu.
Justeru, Ten Hag tidak pasti sama ada dia mampu mendapatkan semula khidmat kedua-dua penyerang tersebut sebelum musim ini berakhir.
Ditanya dalam sidang akhbar menjelang lawatan ke Bournemouth bahawa betapa pentingnya United menandatangani penyerang berbisa Ten Hag berkata: “Saya fikir ia akan membantu.
“Dalam pelan ini yang kami bina, kami sepatutnya mempunyai jaringan yang mencukupi. Kami bergantung kepada gol daripada Rashy - musim lalu dia menyumbangkan 30 gol. Kami juga perlu bergantung kepada Martial. Saya yakin dia mampu beraksi dengan sangat baik, manakala dalam perlawanan penting dia mempunyai impak yang tinggi.
“Dan kemudian kami membawa masuk pula penjaring seperti Rasmus Hojlund, ia sepatutnya sudah memadai.”
#EPL
;