Eric Cantona mendakwa Jim Ratcliffe cuba untuk 'memusnahkan' Manchester United dan berkata pemilik minoriti menolak tawarannya untuk bagi membantu membina semula kelab.
Cantona dilihat sebagai salah seorang legenda United selepas berkhidmat selama lima tahun sehingga 1997.
Sabtu lalu Cantona berada di FC United of Manchester, yang diasaskan oleh penyokong Manchester United yang tidak berpuas hati pada Mei 2005 sebagai protes terhadap pembelian United oleh Malcolm Glazer, yang membebankan kira-kira GBP500 juta hutang ke atas kelab itu.
Bercakap dalam acara tersebut, Cantona mengkritik Ratcliffe mengenai cadangan untuk membina stadium yang berkapasiti 100,000.
"Sejak Ratcliffe tiba, pasukan pengarah ini cuba memusnahkan segala-galanya dan mereka tidak menghormati sesiapa pun," kata Cantona.
"Mereka juga mahu menukar stadium. Jiwa pasukan dan kelab tidak lagi ada."
Cantona berkata lagi, “Saya berasakan amat penting untuk dihormati seperti mana anda menghormati pengurus dan rakan sepasukan. Sejak Ratcliffe tiba, segalanya berubah. Dia tidak mahu Sir Alex Ferguson bertindak sebagai duta kelab lagi. Dia bukan sekadar legenda dan saya berasakan United perlu mencari semangat dan jiwa sekali lagi. Ahli pengarah pasukan ini, mereka cuba memusnahkan segala-galanya. Mereka tiada rasa hormat. Malah mereka mahu menukar stadium. Old Trafford cukup ikonik buat United.
“Bagi saya, Arsenal melewati perkara sama apabila mereka meninggalkan Highbury dan saya pasti ramai penyokong amat merindui stadium itu. Apabila anda berada di sana, ada auranya tersendiri. Boleh anda bayangkan Liverpool bermain dalam stadium selain Anfield? Ia tidak masuk akal. Jadi saya rasa sama buat United jika tidak bermain dalam Old Trafford.”