Skip to main content

Bola Sepak

Eric, Amri tentukan nasib di Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amri-yahyahm-120417.jpg
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengakui baki dua aksi pusingan pertama Liga Super selepas ini akan menentukan kedudukan Eric Williams sebagai pengendali Melaka United. 

Yusoff tidak menyembunyikan nada kecewa dengan prestasi pasukan Melaka selepas dibelasah 7-0 oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super, Ahad lalu. 

Sebelum ini, Yusoff turut mengakui kelibat tiga daripada empat awang import Melaka juga akan digantikan ketika jendela perpindahan kedua, bulan depan. 

"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain import Melaka. 

"Saya meletakkan tugas ini kepada Eric bagi dua perlawanan berikutnya untuk menentukan kedudukan pemain import kami. 

"Ia juga akan menentukan nasib Eric selaku jurulatih," katanya. 

Dalam pada itu, Yusoff menyerahkan kepada Amri Yahyah untuk menentukan sama ada pemain veteran itu mahu kekal bersama Melaka atau tidak, musim ini. 

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengaitkan kepulangan penyerang kebangsaan itu ke pangkuan bekas pasukannya, Selangor. 

"Saya mahu pemain yang bermain untuk Melaka, mempunyai hati untuk mewakili Melaka.

"Saya tidak mahu dia mempunyai perasaan berbelah-bahagi sama ada untuk menyertai semula Selangor atau terus beraksi bersama Melaka.  

"Bukan saya mahu menolak Amri ke Selangor tetapi kalau Amri sendiri mempunyai keinginan untuk berkhidmat untuk Selangor, saya tidak akan menghalang," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video