Skip to main content

Bola Sepak

Era terima suntikan semangat menjelang Pesta Ngoca 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

era.jpg
Acara tahunan di Negeri Sembilan kembali lagi mempamerkan Pesta Ngoca 2024 sebagai aktiviti beriadah keluarga yang menawarkan pelbagai acara sukan rakyat.

Kemeriahan tersebut bakal disertai oleh kumpulan radio terkemuka negara, Era, bagi mengembirakan suasana di sekitar Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Sabtu ini.



Di sebalik persiapan pasukan Era yang dianggotai oleh Nabil Ahmad, Pak Azad Jasmin, Radin Amir Affendy dan lain-lain, mereka menerima suntikan semangat daripada salah seorang pendengar yang memberikan respon positif terhadap alam perkahwinannya. 



Putaran lagu yang menjadi pilihan pendengar sentiasa menjadi keutamaan Era sebagai radio rasmi nombor satu Malaysia.

Semoga ia menjadi tonik tambahan buat #TeamEra menjelang kehangatan aksi persahabatan Pesta Bola Ngoca!

Masuk adalah percuma!

Advertisement

Must Watch Video