Zlatan Ibrahimovic tidak berminat untuk mendengar "Kelas '92" sepanjang berkhidmat di Manchester United.

Ibrahimovic menghabiskan dua tahun bersama United di antara 2016 dan 2018 dengan membantu mereka memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa di bawah kendalian Jose Mourinho.

Penyerang Sweden itu menjaringkan 29 gol dalam 53 penampilan untuk Red Devils.

Bagaimanapun, dia tidak mempedulikan kejayaan produk akademi musim 1992 ketika berada di kelab itu.

"Dalam pemikiran saya, saya mahu mencipta sejarah sendiri. Saya tidak berminat dengan apa yang berlaku sebelum ini, dengan segala hormatnya," katanya kepada The Athletic.




"Ia mewujudkan tekanan atas kebiasaan mereka menikmati kejayaan tetapi saya tidak berminat untuk mendengar Kelas 92.

"Ia tidak membantu saya kerana saya mahu mencipta sejarah tersendiri. Saya mahu orang berkata, 'Anda menang dan United memenangi ini bersama anda."

Ibrahimovic berumur 24 tahun ketika berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL), dia menambah: "Orang berkata saya terlalu tua, saya harus bersara, bla bla bla.

"Tetapi ini mengobarkan semangat saya. Ini. Saya mahu membuktikan anda silap."