Oleksandr Zinchenko yakin Gabriel Jesus akan bangkit dengan lebih kuat daripada sebelumnya selepas mengalami kecederaan.
Pasukan bimbingan Mikel Arteta, Arsenal, akan kembali meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata selaku pendahulu di atas Menchester City selepas waktu rehat Piala Dunia Qatar 2022.
Arsenal akan melayani kunjungan West Ham pada Isnin ini tetapi mereka akan turun tanpa kelibat Jesus selepas penyerang Brazil itu terpaksa menjalani pembedahan lutut berikutan kecederaan yang dialaminya di Qatar.
Zinchenko, yang menyertai Arsenal bersama Jesus daripada Manchester City dalam jendela perpindahan lalu, berjanji rakan sepasukannya itu akan kembali dengan lebih kuat dan menggesa pemain lain di Arsenal untuk lebih menyerlah sepanjang ketiadaan Jesus.
"Dia salah seorang pemimpin dalam pasukan kami, dia seorang wira," kata pemain kebangsaan Ukraine itu dalam laman web rasmi kelab berkenaan.
"Saya tidak pernah gusar dia akan kembali dengan lebih kuat berbanding sebelum ini selepas mengenalinya secara peribadi dan tahu perwatakannya.
"Sebagai satu pasukan, kami akan kekal bersama," katanya.

?? Jesus
— Arsenal (@Arsenal) December 22, 2022
??????? Nelson
??????? Smith Rowe
? The boss issued a fitness update ahead of West Ham ?
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM