Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Zinchenko gesa Arsenal pandang lebih tinggi daripada empat teratas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oleksandr-zinchenko.jpg
Oleksandr Zinchenko menggesa Arsenal untuk meletakkan sasaran lebih tinggi berbanding kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sambil berkata penyokong The Gunners layak untuk menyaksikan mereka mencabar pasukan juara bertahan, Manchester City.

Arsenal kini mendahului City dengan dua mata di tangga teratas EPL selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea hujung minggu lalu -- kemenangan ketiga berturut-turut mereka ke atas enam pasukan utama EPL.

Zinchenko telah memenangi empat gelaran EPL bersama City sebelum memilih untuk menyertai Arsenal pada Julai lalu dan dia kini mahu The Gunners memupuk mentaliti untuk bergelar juara.

"Ia bermula di bilik persalinan dan juga di atas padang," katanya selepas meraih kemenangan di Stamford Bridge.

"Kami mencuba untuk mendorong sesama sendiri, kami cuba untuk saling membantu. Saya fikir ini adalah cara yang tepat untuk melakukannya.

"Kami mempunyai impian, kami percaya kami mampu meraih sesuatu musim ini. Ayuh lihat apa yang akan berlaku.
 
"Saya dapat rasakan bahawa pasukan kami ada sesuatu yang istimewa. Bermula dari Staff dan kemudian semua yang terlibat di padang latihan, penyokong kami, kami percaya dengan diri kami dalam setiap perlawanan.

"Saya sentiasa mendengar Arsenal hanya pasukan empat teratas. Saya mahu katakan yang saya benar-benar mahu membunuh dan menghapuskan tanggapan itu.

"Kami perlu melihat lebih jauh dan saya fikir pasukan ini, dengan orang di sini, dengan penyokong kami, mereka semua adalah pasukan yang hebat tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam bola sepak. Kami perlu melaluinya dari satu langkah ke satu langkah dalam setiap perlawanan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video