EPL

EPL: Willian pilih kekal di Fulham

Muzaffar Musa 18/07/2023 | 03:03 MYT
Willian menandatangani kontrak baru untuk kekal semusim lagi bersama Fulham dengan pilihan untuk melanjutkannya untuk setahun selepas itu.
Bekas pemain sayap Chelsea dan Arsenal itu, yang mengumpulkan 70 penampilan antarabangsa bersama Brazil, menghasilkan lima gol dan enam bantuan jaringan sepanjang saingan Liga Perdana Inggeris (EL) musim lalu untuk The Cottaggers bimbingan Marco Silva mengakhiri musim di tempat ke-10.
Selepas kontrak asalnya tamat, Willian dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan Nottingham Forest dan dilihat melawati padang latihan pasukan itu minggu lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, dia akan kekal bersama Fulham bagi saingan musim depan dengan berkata dalam laman web rasmi pasukan itu: "Saya amat-amat gembira.
"Saya gembira dapat menandatangani untuk bersama Fulham setahun lagi. Gembira untuk meneruskan usaha yang saya lakukan musim lalu bersama rakan sepasukan dan seluruh kelab ini.
"Saya fikir ini adalah kelab yang mampu melakukan yang lebih baik musim ini, jadi saya amat gembira untuk meneruskan cabaran yang luar biasa ini," katanya.
#bola sepak #Fulham #Liga Perdana Inggeris #Willian
;