Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: West Ham tingkat tawaran dapatkan Harry Maguire daripada Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maguire.jpg
West Ham dilaporkan meningkatkan bidaan kepada £30 juta (RM175.09 juta) untuk mendapatkan pertahanan tengah Manchester United dan England, Harry Maguire, demikian dilaporkan agensi berita PA.

The Hammers dikaitkan dengan Maguire sepanjang musim panas ini tetapi bidaan awal bernilai £20 juta (RM116.73 juta) yang dilakukan mereka sebelum ini telah ditolak United.

Maguire, 30, kerap tersingkir daripada kesebelasan utama di Old Trafford sepanjang musim lalu dan pengurus United, Erik ten Hag, memilih untuk melucutkan lilitan kapten daripada lengannya untuk digantikan dengan Bruno Fernandes.

United, bagaimanapun, sentiasa menegaskan bahawa Maguire merupakan ahli penting dalam skuad mereka dan gembira sekiranya dia memilih untuk kekal bersama mereka dan bersaing merebut tempat.

Maguire, yang menyertai United dengan tanda harga £80 juta (RM466.90 juta) pada 2019, berdepan saingan daripada Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof untuk merebut posisi utama.

West Ham, dalam pada itu, turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain United, Scott McTominay.
 

Advertisement

Must Watch Video