Skip to main content

Bola Sepak

EPL: West Ham hukum aksi longlai Leicester City di London

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

west-ham.jpg
West Ham melakar kemenangan berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City 2-0 di London, awal pagi tadi.

Thomas Saucek yang menyambut ulang tahun kelahiran memacu kejayan The Hammers apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-21 selepas penjaga gawang gagal menampan bola dengan kemas sekali gus memberikan peluang buat dirinya menampan peluang terhidang untuk mendahului 1-0.

Begitupun, jaringan sendiri Jannik Vestergaard pada minit ke-43 hasil rembatan rendah Jarrod Bowen memastikan pasukan tuan rumah menutup babak pertama dengan mendahului 2-0.


 

Separuh masa kedua menyaksikan Leicester terus bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya dengan keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu memacu mereka untuk menduduki tangga ke-15 liga dengan 33 mata, manakala anak buah Van Nistelrooy berada dalam kelompok dua tercorot dengan 17 mata daripada 27 aksi.

Untuk rekod, Saucek turut menjaringkan gol ketika hari lahirnya pada 2022, dengan dia menjadi pemain kedua dalam sejarah EPL yang menjaringkan gol pada hari lahir pada dua tahun yang berbeza selepas Teddy Sheringham pada 1994 dan 1995.


 


West Ham telah memenangi aksi EPL di tampat sendiri tanpa bolos buat kali pertama sejak Disember 2023 ketika berdepan Manchester United (2-0).

Dalam pada itu, Leicester kini tewas 11 daripada 12 aksi liga, malah Nistelrooy hanya memungut tujuh mata, tiga mata kurang ketika diuruskan Foxes sebelum ini, Steve Cooper (10 mata dalam 12 perlawanan).

Advertisement

Must Watch Video