Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Wayne Rooney anggap Amorim 'naif' mahu rangkul kejuaraan liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rooney.jpg
Bekas penyerang berbisa Manchester United, Wayne Rooney, menyifatkan pengurus kelab itu, Ruben Amorim, sebagai naif susulan meletakkan sasaran untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Red Devils kini menghuni tangga ke-14 dalam carta liga, dengan jurang 34 mata di belakang pendahulu iaitu Liverpool dan hanya berbeza 16 mata daripada berada dalam kelompok penyingkiran.

United turut tersingkir dariapada saingan Piala FA selepas ditewaskan Fulham menerusi penentuan sepakan penalti di Old Trafford, kelmarin.



 

Cita-cita Amorim untuk menjulang kegemilangan domestik dalam jangka panjang mendorong Rooney mempersoalkan dengan menjelaskan: "Saya fikir ia agak naif," katanya.

"Ia naif untuk mengatakan mereka sedang memburu untuk memenangi liga kerana dari mana mereka berada sekarang, mereka jauh daripada itu.

"Dia berkata memenangi EPL, bagaimana mereka boleh bersaing? Untuk mengubah lebih maju, saya fikir itu adalah langkah seterusnya untuk mereka." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video