Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-tarkowski.jpg

EVERTON 2 LIVERPOOL 2 

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, menganggap pengadil, Michael Oliver, telah memainkan peranan besar apabila pertemuan 'derby' Merseyside di Goodison Park awal pagi tadi berakhir dengan keputusan seri yang dramatik. 


Voli James Tarkowski ketika permainan berusia 97 minit menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berakhir dengan 2-2 apabila Mohamed Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua selepas jaringan Beto dan Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Jaringan penyamaan lewat itu terpaksa melalui rujukan video bantuan pengadil (VAR) yang panjang untuk kemungkinan ofsaid, manakala kekasaran terhadap Ibrahima Konate gagal meraih perhatian pengadil. 

Ketegangan perlawanan itu memuncak apabila Curtis Jones dan Abdoulaye Doucoure masing-masing dibuang padang berikutan pertengkaran selepas wisel penamat berikutan provokasi pemain tengah Everton itu yang meraikan jaringannya di hadapan penyokong pelawat. 

Van Dijk selepas perlawanan memberitahu penyiar: "Sesak, ia akan sentiasa sengit. Banyak pertarungan. Sangat mengecewakan untuk dibolosi pada saat-saat  terakhir permainan malah pada masa tambahan, tetapi itulah yang berlaku. 

"Ia tidak mudah untuk ditelan terutama tentang bagaimana ia berlangsung, apa pun kami perlu akur dan terus pandang ke depan. 







"Saya berasakan pada hari ini pengadil telah memainkan peranan yang besar daripada segi kekasaran tertentu yang memihak lawan tetapi tidak untuk kami. 

"Pada akhirnya, memang memeritkan untuk melepaskan peluang yang sangat baik, ia sesuatu yang mengecewakan. 

"Perlawanan ini ibarat final bagi mereka dan mereka akan cuba melakukan segala-galanya untuk menyukarkan kami. 

"Ia menjadi satu dorongan besar buat mereka, namun satu tamparan buat kami."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video