Legenda Manchester United, Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Dia beranggapan keseronokan dalam bola sepak telah hilang sepenuhnya kerana pemain perlu menunggu keputusan VAR sebelum boleh meraikan jaringan gol.
Sebelum ini, pemain pertahanan Red Devils, Harry Maguire, menjadi antara pemain yang lantang menyuarakan bantahan penggunaan teknologi itu dan berharap penggunaan VAR hanya dalam mengesan kesalahan ofsaid sahaja.
"EPL mengundi untuk mansuhkan VAR? Tolonglah, saya berharap terjadi. Saya sangat tidak menyukai VAR. Ia menyingkirkan segala keseronokan dalam setiap bola sepak.
"Sekiranya penjaring menjaringkan gol, dia perlu tunggu untuk meraikannya dan begitu juga buat penyokong. Kemudiannya VAR masih melakukan keputusan yang silap.
"Anda mahukan pengadil mengadili setiap perlawanan, dengan kefahaman yang mereka akan melakukan kesilapan yang kekal." katanya.
Saufi Tahir
Sun May 19 2024