EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool


Februari 5, 2024 10:41 MYT
Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui melakukan kesilapan besar ketika The Reds tewas 3-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Pendahulu liga itu bertandang ke Stadium Emirates dengan objektif untuk terus melanjutkan kedudukan mereka di puncak namun harapan mereka meleset apabila ketinggalan menerusi jaringan pembukaan Bukayo Saka.
Mereka kembali menyamakan kedudukan pertahanan Arsenal, Gabriel menjaringkan gol sendiri, namun kesilapan antara Van Dijk dan Alisson memberikan tuan rumah peluang untuk kembali mendahului menerusi Gabriel Martinelli sebelum pemain gantian Leandro Trossard melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal.
Selepas tamat perlawanan, Van Dijk mengakui kesilapan yang dilakukan menghukum pasukannya.
"Ia merupakan hantaran jauh daripada pemain lawan, hantaran yang agak janggal. Saya seharusnya membenarkan Alisson untuk mengeluarkan daripada zon bahaya" kata Van Dijk menerusi Stadium Astro.
"Dalam masa sama, saya juga memiliki pilihan untuk menanduk bola tersebut, namun membenarkan bola itu melantun namun kesilapan yang dilakukan telah menghukum kami."
#Arsenal #Liverpool #Virgil van Dijk #EPL
;