Pengendali Aston Villa, Unai Emery, berasa teruja menjelang pertemuan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, di Villa Park, awal pagi esok.
Liverpool mendahului di puncak carta liga dengan tujuh mata daripada pencabar terdekat iaitu Arsenal di tempat kedua dengan Emery memuji skuad kendalian Arne Slot sebagai pasukan terbaik di benua itu.
"Kami teruja, bagaimana kami akan menghadapi mereka. Sekarang Liverpool adalah pasukan terbaik dalam EPL, mereka adalah pasukan terbaik di Eropah dan semestinya sangat sukar.
"Cabaran kami esok adalah bagaimana kami boleh menghadapi mereka, bertindak balas dengan kualiti kami menentang mereka." katanya.
Dalam pada itu, perhatian semestinya tertumpu kepada penyerang berprolifik kedua-dua pasukan iaitu Ollie Watkins dan Mohamed Salah.
Untuk rekod, Ollie Watkins telah menjaringkan lima gol dalam saingan liga berdepan Liverpool, turut menjaringkan lebih banyak gol Ketika menentang Brighton (Tujuh) dan Arsenal (Enam) dalam kariernya.
Malah, Mohamed Salah turut telah memecahkan rekod penglibatan gol terbanyak di tempat lawan dalam kempen liga, dengan 14 gol dan sembilan bantuan jaringan menjadikan dia mengumpul 23 gol secara keseluruhan musim ini.

— Liverpool FC (@LFC) February 18, 2025