Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ugarte sedia galas tanggungjawab besar di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manuel-ugarte.png
Manuel Ugarte menegaskan bahawa dia teruja untuk menggalas tanggungjawab besar mewakili Manchester United.

Ugarte, yang melengkapkan perpindahan bernilai £50.5 juta (RM288.02 juta) daripada Paris Saint-Germain (PSG) minggu lalu, diperkenalkan di Old Trafford sebelum The Red Devils tewas 0-3 kepada Liverpool hujung minggu lalu.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menjadi pemain kelima ditandatangani Erik ten Hag dalam jendela perpindahan kali ini dan dijangka akan memperkuatkan jentera tengah United selepas waktu rehat antarabangsa.

Ugarte merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Marcelo Bielsa ketika menamatkan saingan Copa America lalu di tempat ketiga, di mana dia memulakan kesemua enam perlawanan Uruguay.

Pemain berusia 23 tahun itu turut mendedahkan bahawa rakan senegaranya, Facundo Pellistri, yang melengkapkan perpindahan ke Panathinaikos bulan lalu, telah memainkan peranan penting membantu keputusannya untuk menyertai United.

"Yang pertama, ia mengenai sejarah kerana anda semua tahu betapa besarnya United -- salah satu pasukan terbaik di dunia.

"Saya juga ada bercakap dengan Facu Pellistri dan dia memberitahu saya mengenai segalanya. Suasana yang tercipta, suasana hari perlawanan di Old Trafford yang amat luar biasa.

"Jadi benar, saya amat teruja. Saya gemar untuk merasai pengalaman di stadium legenda United sebagai pemain dan rasakan kehadiran penyokong di sana.

"Saya menonton beberapa perlawanan United sejak saya dikaitkan ke sini. Saya juga sudah bercakap dengan beberapa pemain -- Bruno (Fernandez) dan Licha (Lisandro Martinez) -- dan kami berbual agak panjang.

"Jadi benar, saya amat teruja dan, lebih daripada segala-galanya, bersemangat dan teruja, walaupun saya amat menyedari bahawa ia adalah tanggungjawab yang besar, dan saya bersedia untuk itu," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video