Selepas digemparkan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa pengendali Manchester United, Roben Amorim berkemungkinan bakal dipecat menjelang Krismas ini, kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini juga terpalit dengan dakwaan bakal dibeli oleh seorang tokoh sukan Arab Saudi.
Terbaharu, koresponden Chris Wheeler dilaporkan berkata, Turki Al-Sheikh yang kini difahamkan sedang berunding dengan Manchester United mengenai perlawanan persahabatan sempena Riyadh Season telah memuat naik satu hantaran di platform X yang memberi bayangan bahwa kelab itu bersedia untuk dijual kepada pelabur baharu.
"Berita terbaik yang saya dengar hari ini ialah Manchester United kini berada pada peringkat akhir untuk melengkapkan perjanjian jualan kepada pelabur baharu. Apa yang saya harapkan beliau lebih baik daripada pemilik sebelumnya" Tulis Turki Al-Sheikh.
Bagaimanapun masih belum jelas samada beliau akan mengambil peluang tersebut untuk membeli kelab yang kini bergelkut dengan prestasi semasa dalam kancah liga EPL atau sebaliknya.
Pemilik majoriti United iaitu keluarga Glazer sebelum ini menolak tawaran pengambilalihan daripada konsortium Qatar yang diketuai oleh Sheikh Jassim Al-Thani.
Sebaliknya mereka menjual 27.7 peratus pegangan kelab kepada Sir Jim Ratcliffe dengan nilai 1.25 bilion pound tahun lalu
Klik Sini

Bersama Dalam Solidariti
Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.
Klik Sini