Tottenham kini semakin hampir untuk menandatngani penjaga gol Brentford, David Raya.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu berkemungkinan akan menjadi pemain pertama ditandatangani Spurs dalam era Ange Postecoglou, demikian menurut agensi berita, PA.
Difahamkan bahawa Tottenham merupakan satu-satunya pasukan yang sedang berbincang dengan wakil Raya dan walaupun pemain itu turut dikaitkan untuk menyertai Chelsea, difahamkan tiada sebarang komunikasi dilakukan kelab berkenaan.
Raya kelihatan akan meninggalkan Stadium Komuniti Gtech sejak Febrari lalu, di mana dia dua kali menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama The Bees biarpun hanya berbaki setahun dalam kesepakatan berkenaan dan memandangkan dia selesa menetap di London, Spurs dilihat akan menjadi pasukan terbaik buatnya.
Penjaga gol itu, yang melakukan 161 penampilan bersama Brentford sejak menyertainya pada 2019, kini sedang berasama skuad kebangsaan Sepanyol bagi saingan Piala Negara-Negara Eropah, di mana mereka akan menghadapi Itali bagi aksi separuh akhir di Belanda pada Khamis ini.
Raya melakukan aksi menyelamat paling tinggi sepanjang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu -- 154 kali -- pada ketika Brentford menamatkan saingan di tempat kesembilan dan ketinggalan satu mata dan satu anak tangga di belakang Spurs.
Spurs perlu mencari seorang penjaga gol baru bagi menggantikan Hugo Lloris, yang sudah menyatakan keinginannya untuk mencari cabaran baru selepas 11 tahun di kelab berkenaan walaupun bekas pemain kebangsaan Perancis itu masih memiliki tempoh setahun dalam kontraknya.