Tijjani Reijnders mempamerkan pesona dan Rayan Cherki menjaringkan gol gemilang ketika dua pemain baru itu membantu Manchester City memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025-26 dengan kemenangan 4-0 ke atas Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Belanda itu dinobatkan pemain tengah terbaik Serie A sebelum meninggalkan AC Milan untuk bersama City pada musim panas lalu dan segera menunjukkan kelasnya tersendiri dalam penampilan EPL pertamanya.
Gerakan kemasnya sebelum melakukan lambungan yang menemui Rico Lewis menjadi pencetus kepada jaringan pembukaan Erling Haaland pada minit ke-34.
Dia kemudian turut menandakan penampilan pertamanya dengan jaringan pada minit ke-37 menerusi penyudah menggunakan kaki kiri yang bukan kaki dominannya.
Tidak cukup dengan itu, dia turut mendaftarkan satu bantuan jaringan dalam babak kedua yang disudahkan Haaland pada minit ke-61.
Seorang lagi pemain baru, Cherki, yang tiba dari Lyon, turut mencuri tumpuan dengan rembatan leret ke penjuru bawah berbaki sembilan minit permainan untuk City memulakan kempen baru mereka dengan cukup bergaya.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM