EPL: Tiada lagi penggunaan VAR musim depan?

Saufi Tahir
Mei 16, 2024 11:44 MYT
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan diminta untuk mengundi prospek membatalkan penggunaan Video Bantuan Pengandil (VAR) musim depan berikutan cadangan daripada kelab Wolverhampton Wanderers, sebelum ini.
Penggunaan VAR dalam EPL telah menjadi bahan perbincangan sejak mula diperkenalkan pada permulaan musim 2019-2020 dengan beberapa keputusan yang kontroversi menjadi perdebatan akan penggunaan teknologi itu.
Wolverhampton mempertikaian beberapa keputusan penggunaan VAR pada musim ini, malah wakil Profesional Perlawanan (PGMOL), Jon Moss, memohon maaf di atas kegagalan untuk memberikan mereka sepakan penalti semasa tewas kepada Manchester United, tahun lepas.
Kelab itu beranggapan VAR telah menyebabkan kekecewaan dan kekeliruan di kalangan peminat dan akan memberikan kesan negatif pada suasana semasa perlawanan serta akan menjejaskan matlamat asalnya iaitu untuk membetulkan kesilapan yang 'jelas'.
"Kedudukan kami ialah pada harga yang perlu kami bayar untuk peningkatan yang kecil dengan ketetapan yang bertentangan dengan semangat permainan kami, dan akibatnya kami harus menyingkirkan penggunaan VAR pada musim 2024/2025 dan pada masa akan datang.
"Kami berhak untuk mengemukakan cadangan dalam mesyuarat pemegang saham dan kami mengakui bimbang dengan isu mengenai penggunaan VAR." katanya.
#bola sepak #VAR #EPL
;