EPL
EPL: Ten Hag tuntut mentaliti menang pemain Manchester United
Erik ten Hag berkata Manchester United hanya akan menikmati kejayaan menerusi 'pemain yang dahagakan kemenangan' selepas membiarkan Jadon Sancho berhijrah -- lebih kurang setahun selepas pemergian kontroversi Cristiano Ronaldo.
Pengurus Belanda itu dilantik 19 bulan lalu bagi mengubah situasi baik di dalam dan di luar padang di Old Trafford, di mana dia terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran.
Ronaldo meluahkan rasa tidak berpuas hatinya terhadap layanan pengurus itu yang mendorongnya mengakhir kariernya di United dengan cara yang menyedihkan pada November 2022 dan kemudian satu lagi nama besar , Sancho, turut meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di pertengahan musim.
Iklan
Sancho telah dipinggirkan daripada skuad utama sejak September lalu selepas mengutuk pengurus itu di media sosial dengan mengatakan dia telah dijadikan "kambing hitam" selepas tindakan pengurus Belanda itu yang tidak menyenaraikannya dalam perlawanan utama termasuk di bangku simpanan disebabkan mutu latihannya.
Minggu ini, pemain berusia 23 tahun itu ini kembali ke bekas kelab, Borussia Dortmund, secara pinjaman bagi baki musim ini dan pengurus United tersebut menggariskan keperluan untuk menerapkan mentaliti yang tepat di kelab berkenaan.
"Jika anda mahu beraksi, anda memerlukan pemain yang dahagakan kemenangan," kata Ten Hag menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur, tengah malam ini.
— Manchester United (@ManUtd) January 13, 2024
“Saya sudah berkata, kami memerlukan personaliti dan pemain yang sangat dahagakan kejayaan untuk memperjuangkan lencana ini, jadi berjuanglah untuk kelab ini, dan lakukan ini secara berpasukan.”
Disiplin adalah kunci utama dan tindakan melepaskan Sancho mencerminkan bahawa Ten Hag masih menerima sokongan tegur daripada keluarga Glazer dan pemilik minoriti baru, Sir Jim Ratcliffe.
"Saya fikir ia bukan mengenai disiplin, ia mengenai tingkah laku," katanya lagi.
"Ia adalah mengenai perkara seumpamanya yang saya jangkakan daripada seorang pemain profesional yang terkemuka."
Must-Watch Video