Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ten Hag teruja dengan prestasi Lindelof di benteng Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lindelof.jpg
MANCHESTER UNITED 1 ASTON VILLA 0

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, memberikan pujian khusus buat Victor Lindelof selepas pertahanan itu mempamerkan aksi luar biasa ketika menewaskan Aston Villa 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi.

United tidak dapat menurunkan Raphael Varane dan Lisandro Martinez sepanjang beberapa minggu ini dengan Martinez dilaporkan akan berehat sehingga penghujung musim ini.

Kehilangan dua tonggak penting itu merupakan satu tamparan besar tetapi Lindelof dan Luke Shaw -- yang dialihkan di posisi pertahanan tengah -- telah menunjukkan aksi terpuji dalam mengisi kekosongan itu.

Lindelof jelas menikmati aksi terbaiknya ketika menentang Brighton and Hove Albion pada 23 April lalu, di mana United turut mengesahkan tempat ke final Piala FA dan walaupun The Red Devils melepaskan pendahuluan gol untuk diikat Tottenham minggu lalu, pemain kebangsaan Sweden itu jelas beraksi ampuh sebagai benteng tengah.

Dalam aksi terbaru menentang Villa di Old Trafford, Lindelof kelihatan sentiasa berada di tempat dan waktu yang tepat untuk menghalang gerakan lawan dan mengeluarkan bola, termasuk ketika menyelamatkan bola di atas garisan gol bagi menafikan gol penyamaan pelawat.

Ten Hag jelas berasa kagum dengan prestasi itu, di mana Lindelof berhasil merebut tempatnya daripada kapten United, Harry Maguire.

"Dia bermain dengan amat hebat," kata Ten Hag mengenai Lindelof kepada BBC Match of the Day.

"Ia satu persembahan yang amat baik ketika memiliki bola dan sewaktu tanpa bola.

"Hari ini, dia mengawal pertahanan dengan baik dan kemudian, dia turut membina permainan, berada di posisi yang betul, jadi kami gembira dengan persembahan itu.

"Perlawanan dan hidup akan menjadi lebih mudah jika anda mendapatkan gol kedua lebih awal. Kami kini dapat lihat bahawa kami memiliki ramai pemain, termasuk Lindelof, yang amat berazam untuk memenangi perlawanan sewaktu menyerang dan bertahan, dan itulah yang anda perlukan untuk berjaya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video