EPL: Ten Hag elak panjangkan insiden Fernandes tengking Onana
Najmi Iman
April 14, 2024 11:09 MYT
April 14, 2024 11:09 MYT
Pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, dilihat bergaduh dengan rakan sepasukannya, Andre Onana, berkenaan keputusannya untuk membuat sepakan gol.
Begitupun, pengendali Manchester United, Erik ten Hag, pantas meredakan situasi itu apabila menegaskan Fernandes telah menjalankan tugas sebagai ketua pasukan dengan baik. .
Bruno mencetuskan pertikairan melibatkan sepakan gol dan sempat bertekak dengan Onana di tengah padang, malah mengingkari amanat jurulatih yang memintanya agar bertenang.
Dan sebaliknya dia menunjukkan isyarat lambaian tangan sahaja kepada Ten Hag.
"Dia telah bertindak sebagai ketua pasukan, bertenaga dan kami sangat gembira mengenainya.
"Kami semua kecewa dan dia meluahkan perasaannya. Kami perlu memenangi perlawanan dan kami telah keciciran terlalu banyak mata dalam beberapa perlawanan terakhir," kata pengurus berbangsa Belanda itu.