Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Tempat kelima akan jadi pencapaian hebat Chelsea -- Pochettino

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pochettino.jpg
Meraih tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi penutup musim yang menakjubkan buat Chelsea, demikian kata Mauricio Pochettino.

Chelsea mencetek lima kemenangan berturut-turut untuk meletakkan diri mereka di laluan untuk memenangi tiket ke pertandingan Eropah.

The Blues menduduki tempat keenam ketika berentap dengan Bournemouth di Stamford Bridge esok dan sekiranya menang sementara Tottenham tumpas kepada Sheffield United, maka mereka akan menduduki tempat kelima.

Namun, sekiranya Chelsea kalah maka mereka akan dipintas oleh Newcastle United, dengan syarat Magpies menjamin kemenangan ke atas Brentford.

“Sangat penting bagi kami untuk menamatkan dengan cara yang kami lakukan sekarang, dengan keyakinan dan corak permainan yang dipamerkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” kata pengurus berbangsa Argentina itu. 


 
“Sangat penting untuk pasukan, pemain, kelab dalam mencapai salah satu objektif iaitu bermain di Eropah musim depan.

"Jika kami berada di tempat kelima, ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan untuk kami. Kami perlu melaksanakan tugas kami, kemudian lihat apa yang berlaku.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar kerana Bournemouth beraksi dengan baik. Andoni Iraola mengendalikan tugasnya dengan bagus tetapi apa yang paling penting ialah untuk menamatkan dengan baik dan mengintai peluang untuk mendapatkan tempat ke pertandingan Eropah."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video