Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Tanpa Cole Palmer, Chelsea lakar kemenangan besar ke atas West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Chelsea berjaya menewaskan West Ham 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi tadi.

Selepas tewas 3-0 di Sunderland hujung minggu lalu, pasukan kendalian Graham Potter sudah pun melepaskan secara keseluruhan lapan gol musim ini, paling banyak dibolosi pasukan West Ham sepanjang dua perlawanan pembukaan musim liga utama mereka.

Ketinggalan 5-1 selepas 58 minit kepada pasukan Chelsea yang turun tanpa Cole Palmer, yang cedera semasa memanaskan badan akibat kecederaan pangkal paha.

Lucas Paqueta membuka jaringan di awal permainan buat West Ham namun Chelsea kekal tenang dalam perjalanan mereka meraih tiga mata penuh. 

Joao Pedro menanduk masuk gol penyamaan sebelum Pedro Neto dan Enzo Fernandez meletakkan pasukan London barat itu mendahului 3-1 pada waktu rehat.

Chelsea kemudian menjaringkan dua gol dari sepakan sudut menerusi Moises Caicedo sebelum Trevoh Chalobah melengkapkan kemenangan bergaya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video