WOLVES 1 MANCHESTER CITY 2
Tandukan saat akhir John Stones memastikan Manchester City menewaskan Wolves 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam tadi.
City kelihatan akan terlepas peluang untuk seketika memintas Liverpool, yang menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi tadi, di tangga teratas tetapi Stones memainkan watak wira dengan cara yang cukup dramatik.
Pasukan yang sedang bergelut, Wolves, mendahului seawal minit ketujuh apabila lintangan gemilang Nelson Semedo ditolak masuk Jorgen Strand Larsen.
Bagaimanapun, pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan menakjubkan Josko Gvardiol.
City selepas itu kerap dikecewakan aksi tangkas penjaga gol lawan, Jose Sa, yang menafikan percubaan Bernardo Silva, Savinho dan Ruben Dias.
Namun, dalam waktu kecederaan, kedegilan Wolves akhirnya ditundukkan apabila Stones melompat tinggi untuk menemui sepakan penjuru Phil Foden, yang ditanduk masuk ke gawang lawan.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM