Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Szoboszlai sedia lakukan 'kerja kotor' demi Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szoboszlai-arne-slot.jpg
Dominik Szoboszlai sedang bekerja keras untuk meningkatkan sentuhan menjaringkan gol tetapi menegaskan adalah lebih penting dia melakukan "kerja kotor" untuk skuad kendalian Arne Slot di Liverpool.

Musim lalu, pemain prolifik Hungary ini menjaringkan 8 gol dalam 55 penampilan untuk The Reds tetapi setakat musim ini satu-satunya gol adalah ketika kemenangan 3-1 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ke atas AC Milan bulan lalu dan itu telah membawa kepada rungutan sebahagian daripada penyokong Liverpool.

 
Pemain berusia 23 tahun itu akan meluangkan lebih masa di padang latihan untuk memperbaiki aksinya dan berharap aksi berdepan Reb Bull Leipzig dalam aksi ketiga di tempat lawan dalam UCL awal pagi esok akan menampakkan hasil.

"Ia boleh menjadi lebih baik, jadi, tidak, kata pemain berusia 23 tahun itu. Saya boleh beraksi dengan lebih baik. Saya boleh menjaringkan lebih banyak gol dan mencipta lebih banyak peluang.

"Tetapi saya melakukan kerja kotor untuk pasukan dan itu yang paling penting bagi saya. Kami berada di puncak liga dan saya lebih pentingkan pasukan daripada saya tidak menjaringkan gol," katanya.
   

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video